TINTA MELAGUIAN

   SELAMAT DATANG KE BLOG MELAGUIAN
  
   Tujuan saya membina blog ini adalah sebagai salah satu tambahan bahan bantu belajar untuk
   murid-murid saya di SK. Kelatuan, Papar. Dari apa yang saya lihat, rata-rata saya dapati ibu
   bapa murid di sekolah ini sudah mula berjinak-jinak dan mula menunjukkan minat dengan
   Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

   Jesteru itu, dikesempatan ini saya cuba untuk membina blog ini agar ibu bapa dan murid   dapat merujuk bahan-bahan dan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid semasa di sekolah.

   Disamping itu guru dan ibu bapa murid dapat berkongsi ilmu dan mengetahui keadaan dan
   situasi anak mereka semasa di sekolah.

   Semoga kita dapat kongsikan apa yang ada di dalam blog ini.
  
   Sebarang Komen boleh emel ke :
   ndaims77@gmail.com
  
   Sekian, Terima Kasih.
   
  

Sunday, July 31, 2011

SECEBIS NASIHAT

MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN....Ramai yang sudah ketahui perkara ini, namun mereka masih juga tetap merokok... ada perokok yang ditegur terus menjawab BIARLAH, BUKAN KAMU YANG  SAKIT... sebenarnya para perokok ini tidak sedar bahawa asap rokok yang mereka hembus boleh memudaratkan orang lain.... Apabila orang yang tidak merokok terhidu asap rokok dari perokok...kesannya adalah sama dengan perokok iaitu akan mendapat penyakit lelah, penyakit jantung, barah dan sebagainya....

Tahukah anda mengapa merokok itu membahayakan kesihatan? Menurut dari sumber yang saya baca, bahawa asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia beracun dan lebih kurang 63 dari bahan kimianya boleh menyebabkan barah. Antara bahan kimia beracun yang terdapat dalam asap rokok adalah seperti :
  • Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
  • Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
  • Napthylamine (ubat gegat)
  • Arsenik (racun anai-anai)
  • Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
  • Kadmium (terdapat dalam bateri)
  • DDT (Ubat nyamuk)
  • Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
  • Butane (gas yang boleh membunuh)
  • Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
  • Hydrogen cyanide (racun)
  • Toluene (bahan pelarut)
  • Carbon Monoxide (gas beracun)
Tahukah anda penyakit yang membawa maut daripada tabiat merokok? Perkara ini wajib diketahui oleh para perokok, semoga dapat mengubah sikap para perokok untuk berhenti merokok. Antara penyakit tersebut adalah seperti :
  • Penyakit saluran pernafasan: lebih 10-20 kali ganda
  • Barah paru-paru: lebih 10-15 kali ganda
  • Barah payudara: lebih 11 kali ganda
  • Barah hidung dan tekak: lebih 5-15 kali ganda
  • Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda
  • Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda
  • Sakit Jantung: lebih 1.5-3 kali ganda
  • Barah Buah Pinggang: lebih 1.5-3 kali ganda
  • Ulser Perut: lebih 2 kali ganda
  • Angin Ahmar: lebih 2-3 kali ganda
Tahukah anda hukum Merokok Dari Pandangan Islam? Di negara kita Malaysia telah diputuskan hukumnya adalah haram kerana padanya terdapat kemudharatan. Ini telah dibincangkan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995. Keterangan Hujjah untuk hukum yang diputuskan adalah seperti berikut : (sumber : www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam)
  1. Isu tabiat merokok ini timbul adalah hasil Seminar Pembasmian Tabiat Merokok anjuran Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) pada 2 November 1994 di mana telah meluluskan resolusi untuk menubuhkan badan bertindak kebangsaan bagi memerangi tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia.
     
  2. Pada masa kini jumlah perokok sama ada di negara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta juga badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada kesihatan.
     
  3. Pihak kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok terutamanya penyakit kanser, barah paru-paru serta penyakit jantung.
     
  4. Kajian perubatan telah dapat membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6 hingga 8 mg nikotin dan setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita menghidu 4,000 jenis bahan kimia, hamper kesemuanya boleh memudharatkan badan manusia.
     
  5. Merokok boleh mengganggu kesihatan, menghilangkan nafsu makan, merosakkan anggota badan, melemahkan jantung, kanser, barah paru-paru, gangguan pernafasan dan merosakkan otak.
     
  6. Hukum merokok pada pandangan Islam seperti berikut:
    (a) Sebahagian ulamak berpendapat merokok adalah harus kerana tidak sabit tentang kemudharatan atau mabuknya. Mereka juga bersandar kepada kaedah “ Asal Sesuatu Itu Adalah Harus
    (b) Setengah ulamak berpendapat merokok adalah makruh iaitu dikaitkan dengan bawang merah dan bawang putih di segi baunya.
    (c) Ramai daripada ulamak berpendapat merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji.
    (d) Nash-nash Al-Quran dan hadith seperti berikut adalah menjadi asas kepada penetapan hukum:
    Maksud firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat: 195 " Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan "