TINTA MELAGUIAN

   SELAMAT DATANG KE BLOG MELAGUIAN
  
   Tujuan saya membina blog ini adalah sebagai salah satu tambahan bahan bantu belajar untuk
   murid-murid saya di SK. Kelatuan, Papar. Dari apa yang saya lihat, rata-rata saya dapati ibu
   bapa murid di sekolah ini sudah mula berjinak-jinak dan mula menunjukkan minat dengan
   Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

   Jesteru itu, dikesempatan ini saya cuba untuk membina blog ini agar ibu bapa dan murid   dapat merujuk bahan-bahan dan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid semasa di sekolah.

   Disamping itu guru dan ibu bapa murid dapat berkongsi ilmu dan mengetahui keadaan dan
   situasi anak mereka semasa di sekolah.

   Semoga kita dapat kongsikan apa yang ada di dalam blog ini.
  
   Sebarang Komen boleh emel ke :
   ndaims77@gmail.com
  
   Sekian, Terima Kasih.
   
  

Thursday, February 16, 2012

UNIT 2 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBINAAN RUMAH

JENIS RUMAH DI MALAYSIA
  1. Reka bentuk rumah di negara kita banyak dipengaruhi oleh reka bentuk rumah dari negara luar.
  2. Rumah Kutai di Perak binaannya dipengaruhi dari Aceh dan Makasar di Indonesia. Ini disebabkan orang Bugis dan orang Aceh pernah menetap di Perak.
  3. Rumah Minangkabau sama seperti reka bentuk rumah di Sumatera, Indonesia. Ini disebabkan orang Minangkabau datang ke negara kita dan tinggal menetap.
  4. Rumah Inggeris di Pahang sama seperti rumah yang terdapat di England. Ini disebabkan suatu masa dahulu orang Inggeris pernah menjajah negara kita dan membawa bersama budaya mereka.
   

<kembali