TINTA MELAGUIAN

   SELAMAT DATANG KE BLOG MELAGUIAN
  
   Tujuan saya membina blog ini adalah sebagai salah satu tambahan bahan bantu belajar untuk
   murid-murid saya di SK. Kelatuan, Papar. Dari apa yang saya lihat, rata-rata saya dapati ibu
   bapa murid di sekolah ini sudah mula berjinak-jinak dan mula menunjukkan minat dengan
   Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

   Jesteru itu, dikesempatan ini saya cuba untuk membina blog ini agar ibu bapa dan murid   dapat merujuk bahan-bahan dan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid semasa di sekolah.

   Disamping itu guru dan ibu bapa murid dapat berkongsi ilmu dan mengetahui keadaan dan
   situasi anak mereka semasa di sekolah.

   Semoga kita dapat kongsikan apa yang ada di dalam blog ini.
  
   Sebarang Komen boleh emel ke :
   ndaims77@gmail.com
  
   Sekian, Terima Kasih.
   
  

Wednesday, April 20, 2011

BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Malaikat merupakan makhluk yang dicipta oleh Allah SWT daripada cahaya. Malaikat juga merupakan makhluk yang sentiasa menurut perintah Allah SWT. Ianya diciptakan dengan jumlah yang banyak oleh Allah SWT. Hukum Beriman Kepada Malaikat adalah wajib dan terdapat 10 Malaikat yang wajib kita ketahui, iaitu :
  1. Malaikat Jibril AS - Menyampaikan Wahyu
  2. Malaikat Izrail AS - Mengambil Nyawa
  3. Malaikat Israfil AS - Meniup Sangkakala
  4. Malaikat Mikail AS - Mengatur Rezeki
  5. Malaikat Malik AS - Menjaga Neraka
  6. Malaikat Ridhuan AS - Menjaga Syurga
  7. Malaikat Munkar AS - Menyoal Orang Yang Telah Mati
  8. Malaikat Nakir AS - Menyoal Orang Yang Telah Mati
  9. Malaikat Raqib AS - Mencatat Amalan Kebaikan
  10. Malaikat Atid AS - Mencatat Amalan Kejahatan