TINTA MELAGUIAN

   SELAMAT DATANG KE BLOG MELAGUIAN
  
   Tujuan saya membina blog ini adalah sebagai salah satu tambahan bahan bantu belajar untuk
   murid-murid saya di SK. Kelatuan, Papar. Dari apa yang saya lihat, rata-rata saya dapati ibu
   bapa murid di sekolah ini sudah mula berjinak-jinak dan mula menunjukkan minat dengan
   Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

   Jesteru itu, dikesempatan ini saya cuba untuk membina blog ini agar ibu bapa dan murid   dapat merujuk bahan-bahan dan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid semasa di sekolah.

   Disamping itu guru dan ibu bapa murid dapat berkongsi ilmu dan mengetahui keadaan dan
   situasi anak mereka semasa di sekolah.

   Semoga kita dapat kongsikan apa yang ada di dalam blog ini.
  
   Sebarang Komen boleh emel ke :
   ndaims77@gmail.com
  
   Sekian, Terima Kasih.
   
  

Saturday, September 10, 2011

SALAM MERDEKA RAYA,MAAF ZAHIR BATIN :)

Salam Lebaran Merdeka untuk rakan semua...

Alhamdulillah kita diberi lagi peluang lagi bertemu Ramadhan dan meraikan Syawal pada tahun ini. Dengan munculnya Bulan Syawal... maka berakhirlah Bulan Ramadhan... Maka tibalah masanya untuk kita meraikan kemenangan... Kedatangan bulan ini pasti penuh keceriaan dan kesyukuran tanpa mengira miskin atau kaya...
Saya teringat masa kecil-kecil dulu... aktiviti utama saya dan kawan-kawan ialah kunjung mengunjung dari rumah ke rumah...

Jika kita amati... amalan kunjung mengunjung terlalu banyak kebaikkannya... Amalan ini dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim sesama umat Islam... Islam sangat menggalakkan umatnya saling mengukuhkan hubungan saudara sesama Islam... Firman Allah SWT  yang bermaksud :

"Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.