SEJARAH DAN LAGENDA
Setiap tempat pasti mempunyai sejarah atau lagenda tersendiri berkaitan asal usul namanya. Secara umumnya asal usul nama tempat tinggal diambil daripada :
(a) Sejarah iaitu peristiwa yang berlaku pada masa atau zaman terdahulu.
(b) Lagenda iaitu cerita dongeng yang berkaitan dengan peristiwa bersejarah.
(c) Aspek berkaitan alam semula jadi seperti nama haiwan, nama pokok, sungai dan sebagainya.
(d) Nama pemimpin atau orang perseorangan yang banyak berjasa.
Berikut adalah contoh asal usul nama sesuatu tempat ;
(a) Nama Negeri Sabah yang diambil sempena nama Pokok Pisang Sabah.
(b) Nama Negeri Sarawak yang dikaitkan dengan perkataan "Serah Kepada Awak".
(c) Nama Negeri Melaka yang diambil daripada nama sepohon pokok yang bernama Pokok Melaka.
(d) Nama kampung Kelatuan sempena nama salah seorang penduduk kampung yang banyak berjasa.
Sesuatu tempat juga mempunyai peristiwa bersejarahnya tersendiri, contohnya seperti :
(a) Perjuangan Datu Mat Salleh di Sabah.
(b) Perjuangan Rentap (Pahlawan Iban) di Sarawak.
(c) Pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak, Perak
(d) Hari Anugerah Cemerlang Sekolah
<kembali>