TINTA MELAGUIAN

   SELAMAT DATANG KE BLOG MELAGUIAN
  
   Tujuan saya membina blog ini adalah sebagai salah satu tambahan bahan bantu belajar untuk
   murid-murid saya di SK. Kelatuan, Papar. Dari apa yang saya lihat, rata-rata saya dapati ibu
   bapa murid di sekolah ini sudah mula berjinak-jinak dan mula menunjukkan minat dengan
   Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

   Jesteru itu, dikesempatan ini saya cuba untuk membina blog ini agar ibu bapa dan murid   dapat merujuk bahan-bahan dan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid semasa di sekolah.

   Disamping itu guru dan ibu bapa murid dapat berkongsi ilmu dan mengetahui keadaan dan
   situasi anak mereka semasa di sekolah.

   Semoga kita dapat kongsikan apa yang ada di dalam blog ini.
  
   Sebarang Komen boleh emel ke :
   ndaims77@gmail.com
  
   Sekian, Terima Kasih.
   
  

Friday, January 6, 2012

كات ڤينجمن بهاس عرب

Info Ibu Bapa : Secara amnya, semua bahasa di dunia ini ada meminjam perbendaharaan kata daripada bahasa lain. Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa yang menyumbangkan perbendaharaan kata dan istilah kepada bahasa yang dipertuturkan di Asia, khususnya negara kita Malaysia. Untuk murid Tahun 3, salah satu tajuk Sukatan Pelajaran dalam Bidang Jawi adalah Kata Pinjaman Bahasa Arab.