TINTA MELAGUIAN

   SELAMAT DATANG KE BLOG MELAGUIAN
  
   Tujuan saya membina blog ini adalah sebagai salah satu tambahan bahan bantu belajar untuk
   murid-murid saya di SK. Kelatuan, Papar. Dari apa yang saya lihat, rata-rata saya dapati ibu
   bapa murid di sekolah ini sudah mula berjinak-jinak dan mula menunjukkan minat dengan
   Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

   Jesteru itu, dikesempatan ini saya cuba untuk membina blog ini agar ibu bapa dan murid   dapat merujuk bahan-bahan dan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid semasa di sekolah.

   Disamping itu guru dan ibu bapa murid dapat berkongsi ilmu dan mengetahui keadaan dan
   situasi anak mereka semasa di sekolah.

   Semoga kita dapat kongsikan apa yang ada di dalam blog ini.
  
   Sebarang Komen boleh emel ke :
   ndaims77@gmail.com
  
   Sekian, Terima Kasih.
   
  

Wednesday, January 5, 2011

BERIMAN KEPADA QADA' DAN QADAR

Pengertian Qada'

Qada' ialah ketentetuan sesuatu perkara yang telah, sedang atau akan berlaku keatas seseorang kesemuanya telah ditentukan oleh Allah sejak azali.

Contohnya :

Pengertian Qadar

Qadar ialah pelaksanaan keatas ketentuan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk kesemuanya telah ditentukan oleh Allah sejak azali.

Contohnya : Ehsan berjaya mendapat 5A di dalam peperiksaan UPSR.


Dalil Beriman Kepada Qada' dan Qadar

Maksudnya : Sesungguhnya kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan.


Hukum Beriman Dengan Qada' Dan Qadar

Hukum Beriman Kepada Qada' Dan Qadar adalah wajib.


Faedah Beriman Kepada Qada' Dan Qadar

01. Memperolehi keteguhan iman.
02. Kehidupan yang lebih maju.
03. Allah memberi ganjaran pahala.


Akibat Tidak Beriman Dengan Qada' Dan Qadar

01. Malas berusaha
02. Mudah berputus asa
03. Jauh rahmat daripada Allah