TINTA MELAGUIAN

   SELAMAT DATANG KE BLOG MELAGUIAN
  
   Tujuan saya membina blog ini adalah sebagai salah satu tambahan bahan bantu belajar untuk
   murid-murid saya di SK. Kelatuan, Papar. Dari apa yang saya lihat, rata-rata saya dapati ibu
   bapa murid di sekolah ini sudah mula berjinak-jinak dan mula menunjukkan minat dengan
   Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

   Jesteru itu, dikesempatan ini saya cuba untuk membina blog ini agar ibu bapa dan murid   dapat merujuk bahan-bahan dan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid semasa di sekolah.

   Disamping itu guru dan ibu bapa murid dapat berkongsi ilmu dan mengetahui keadaan dan
   situasi anak mereka semasa di sekolah.

   Semoga kita dapat kongsikan apa yang ada di dalam blog ini.
  
   Sebarang Komen boleh emel ke :
   ndaims77@gmail.com
  
   Sekian, Terima Kasih.
   
  

Tuesday, January 4, 2011

Unit 1 : Perkembangan Corak Petempatan Manusia

SEJARAH PETEMPATAN AWAL MANUSIA


Persekitaran Gua
- Pada peringkat awal, manusia pada zaman dahulu hidup secara nomad di dalam satu kelompok.
- Pada peringkat ini manusia memilih untuk tinggal di dalam gua sebagai tempat untuk berlindung kerana ia kukuh dan selesa.
- Gua dipilih kerana ianya berada di pinggir hutan dan terdapat banyak sumber makanan seperti tumbuh-tumbuhan yang mudah dipetik dan haiwan untuk diburu.
- Antara contoh gua di Malaysia yang didiami oleh manusia  ialah Gua Niah di Sarawak dan Gua Cha di Kelantan.

** Nomad bermaksud hidup berpindah randah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.
Gambar Manusia Tinggal Di Dalam Gua
(Muzium Negara Malaysia) 


Pinggiran Sungai atau Tasik
- Pinggiran sungai atau tasik merupakan antara petempatan manusia yang terawal.
- Manusia memilih tempat ini kerana mereka mudah untuk mendapatkan sumber air dan makanan seperti ikan, udang dan sebagainya.
- Melalui sungai atau tasik manusia mudah mendapatkan kemudahan pengangkutan dan perhubungan.


Kawasan Lapang
- Manusia pada zaman dahulu juga memilih kawasan lapang dengan membina pondok sebagai tempat tinggal mereka.
- Di kawasan lapang manusia mula belajar bercucuk tanam dan menternak haiwan.
- Mereka membina pondok-pondok kecil untuk berlindung dengan menggunakan daun-daun, akar pokok, batang pokok dan sebagainya.
- Antara contoh petempatan kawasan lapang di Malaysia ialah Kota Tampan di Perak dan Tingkayuh di Sabah.






PERBANDINGAN PETEMPATAN MANUSIA DI GUA DAN PINGGIRAN SUNGAI